sedikit penghargaan...

"semoga semua artikal yang ditulis dapat memberikan sedikit perubahan kepada pembaca sambil ana sebagai penulis mendapat sekali pahala hasil perubahan pembaca"

Monday, March 28, 2011

Pilihan Pangkal Jalan Yang Betul Dapat Membentuk Perjalanan Hidup Yang Cemerlang

::.Bismillah Arrahman Arrahim.::


Kini kembali bernafas setelah sebulan tidak menyentuh ruang karangan hati ini dek kecelaruan yang berlaku terhadap sistem pemikiran diri ini. Sebagai seorang manusia yang pernah mengikuti proses tarbiyah, saya berasa hati yang dahulunya penuh dengan mutiara-mutiara yang bersinar telah kosong dan semakin kosong apabila terputus sebentar selama hampir 6 bulan tanpa sistem usrah. Akan tetapi, jiwa ini sudah mula terisi dengan bersambungnya kembali sistem usrah dan sedang diisi dengan benih-benih iman bersama kenalan baru dari Rantau Panjang, Fazaha namanya.

Sejujurnya, saya sememangnya baru menjejakkan kaki di atas bumi yang betul-betul nyata kerana saya baru mengerti proses menuntut ilmu bukanlah dengan berpandukan kawan semata-mata. Bahkan, ia amat bergantung kepada diri kita sendiri kerana di masa hadapan, hanya diri kita sahaja yang akan menempuh segala rintangan dalam kehidupan dewasa nanti. Sebagai buktinya, ketika dalam keadaan susah, tidak ramai kawan yang sanggup menghulurkan bantuan kepada kita bagi menghadapi sesuatu peristiwa, walhal, ketika dalam keadaan senang, sungguh ramai kawan yang bersemangat dalam memberi bantuan walaupun rintangan di hadapan sangat besar.

Sebaris dengan tajuk yang tertulis di atas, saya ingin mengingatkan diri saya, khasnya dan sidang pembaca amnya agar ketika memilih bidang yang ingin disambungbelajar dapat dipilih dengan pemilihan yang muktamad dan tidak mengikut pemilihan sepertimana sahabat kita pilih(jika tidak tercapai akan kemampuan diri). Adalah kerana pilihan sahabat kita tidak semestinya bersesuaian dengan apa yang diri kita mampu lakukan kerana kesannya bukanlah ketika ini, akan tetapi, ia akan memberi kesan ketika kita meningkat dewasa nanti. Padahal, ketika sahabat-sahabat kita gembira dengan pemilihan mereka yang tidak sia-sia, kita hanya akan berlinangan air mata penyesalan yang sudah terlambat dan akhirnya menganggurlah kerjaya paling sesuai untuk kita.

Kesemuanya dapat disimpul dalam satu simpulan iaitu, "pengalaman masa silam adalah guru yang terbaik bagi semua manusia untuk berhadapan dengan masa depan mereka". Jika tiada pengalaman, carilah ia walaupun sedikit atau secebis demi mewarnai masa depan kita. amiin.

"Ya Allah, sesungguhnya tiada kemudahan kecuali apa yang telah Engkau jadikan ia mudah. Dan Engkau jadikan duka cita(kesusahan) itu sesuatu yang mudah " amiin.

::.Sadaqallahul'adzim.::
 
 

Followers

Pembaca