sedikit penghargaan...

"semoga semua artikal yang ditulis dapat memberikan sedikit perubahan kepada pembaca sambil ana sebagai penulis mendapat sekali pahala hasil perubahan pembaca"

Friday, January 14, 2011

tersusun segala urusan...

Bismillahirahmanirrahim...

Sekarang saya berada di dalam Masjid Bandar Di Raja Klang yang mana jam di sini menunjukkan tepat pukul 10.52 pagi. Terasa letih menghinggap sehingga ke hujung buku lali setelah penat berjalan-jalan di kawasan Pejabat Agama Islam Daerah Klang & Bangunan MPK. Kebetulan hari ini adalah hari jumaat dan seluruh umat Islam akan berhimpun di setiap masjid yang terdapat di mana-mana tempat mereka berada bagi menunaikan solat fardhu jumaat secara berjemaah. Berkaitan dengan Masjid Bandar Di Raja Klang ini, persiapan yang rapi telah dibuat bagi menyediakan kedudukan yang paling selesa untuk semua jemaah yang akan bertandang di masjid ini nanti. 

Antara persiapan yang telah diperlihatkan kepada saya ialah menyedut segala habuk yang terdapat pada karpet-karpet masjid. Mungkin perkara ini dilihat secara remeh-temeh sahaja tetapi tidak bermakna ia tidak diperlukan dalam mempersiapkan tempat yang bersih untuk solat kita. Sebagai contoh saya bawakan suasana ketika khatib sedang berkhutbah di mana para jemaah akan berasa tidak selesa jika terdapat habuk di dalam karpet masjid. Bukan kerana debu-debu yang terdapat di dalamnya tetapi terdapatnya binatang-binatang kecil yang boleh membawa kepada ketidakselesaan jemaah ketika mendengar khutbah.

Selain itu, mereka juga membuat persiapan dari segi elektronik seperti mikrofon, pembesar suara, pencahayaan lampu, kipas-kipas, dan sebagainya. Sungguh menakjubkan apabila dipasangkan LCD screen & projector untuk dipertontonkan pada jemaah yang tidak dapat melihat khatib dengan jelas. Selesai persiapan untuk Program Solat Jumaat yang telah disusun oleh Allah dan akan berlangsung pada setiap hari jumaat bertempat di setiap masjid-masjid berdekatan dengan kita. Diperlukan juga akan persiapan untuk menunaikan solat jumaat bagi seorang muslim selaku jemaah di dalam solat itu.

Semua ini banyak mengingatkan saya pada salah satu ciri-ciri sifat peribadi muslim yang telah digariskan oleh Imam Sheikh Hasan Al-Banna iaitu Tersusun Segala Urusan. Apabila urusan kita tersusun setiap masa, maka kita akan mendapat mendapat manfaat dari pelbagai sudut terutama sekali sudut masa kita. Masa yang diperlukan untuk seseorang melakukan sesuatu perkara seperti membuat sebuah majlis penyampaian hadiah. Jika dia melakukan persiapan yang rapi sebelum majlis tersebut bermula, maka dia akan kelam-kabut ketika berlangsungnya majlis itu. Begitu juga dengan perkara lain. Jadi, sebagai seorang muslim kita wajib menjaga diri daripada bermalas-malasan dan sebagainya.
Itu sahaja...Sadaqallaul 'adzim...

-penulis-

1 comment:

Anonymous said...

salam,
kamal blog skrg. hehe
Mabruk !

Istiqamah terus menulis!

-Haikal Zubir-
http://deskripsipemuda.blogspot.com

Post a Comment

 
 

Followers

Pembaca